Raja Badang mengisahkan seorang pemuda yang inginkan muntah Raja Jin untuk menjadi kuat dan kebal supaya dapat menguasai negeri Langkapuri. Kehebatannya mengangkat batu besar yang menjadi tembok penghalang istana telah membuatkan Sultan Naim Shah begitu kagum dan ingin menabalkan Badang sebagai pewaris takhta. Dia kemuandiannya ditabal menjadi Raja menggantikan Sulatan Naim yang mangkat.
Setelah menjadi Raja, dia begitu angkuh dan ingin menguasai dan menakluk pelbagai negeri termasuk negeri Cempara Permai di bawah penguasaan Sultan Arham Indera yang mempunyai seorang puteri bernama Puteri Seti Nilam Cahaya. Raja Badang juga ingin menjadikan Puteri Seri Nilam Cahaya sebagai pemaisurinya. Namun, puteri tersebut telah bertunang dengan Tengku Muda Alam Perkasa.
Raja Badang telah mengutuskan orang-orangnya untuk memberitahu hal itu kepada Sultan Arham Indera dan berkeras untuk menjadikan puteri sebagai permaisurinya. Jika kemahuannya ditolak, Raja Badang akan isytihar perang ke atas 2 buah negeri itu.
Sultan Arham Indera kuarang senang dengan watikah itu, dan kemudian mengatur rancangan untuk menggagal kemahuan Raja Badang.
Tengku Muda Alam Perkasa telah bertemu dengan Raja Jin untuk mengetahui cara bagi membuang kuasa Raja Badang. Katanya, kuasa itu hanya boleh dibuang dengan ciuman seorang puteri berketurunan raja di tapak tangannya. Puteri Seri Nilam Cahaya telah dihantar ke negeri Langkapuri untuk melaksanakan muslihat ayahandanya itu. Dia telah berjaya membuang kuasa Raja Badang dengan mencium tapak tangannya.
Apabila Tengku Muda Alam Perkasa datang menyelamatkan tuan puteri, mereka telah berlawan dan Raja Badang baru sedar yang dia telah tewas di tangan Tengku Muda Alam Perkasa.
scene 2
scene 4
scene 5
scene 7


tengku muda alam perkasa & puteri seri nilam cahaya

bersama produksi

team teater bangsawan

Sultan Arham Indera & Permaisuri Balqis

kiri; raja jin, raja badang, tengku muda alam perkasa, sultan naim shah, datu bendahara

Permaisuri Laila Maisara, Stage manager, Datuk bendahara, & Director
p/s: thx kepada semua yang telah menjayakan tetaer Raja Badang. Korang memang superb!!
2
comments





